|
BULLETIN ANJUNG
-
Dengan penuh dukacita nya di maklumkan
iaitu Kak Munah, isteri kepada Arwah Abang Somah, Ibu kepada Ani dan adik adik nya, telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal
3 hb Sept 2004, di Hospital Port Dickson, selepas baru sahaja menjalani rawatan dialysis. Jenazah beliau telah selamat di
semadikan pada tanggal 4 hb Sept 2004, jam 11.00 tgh, bersebelahan Arwah Abang Somah, di perkuburan Kampung Senama Hilir.
Semoga Allah mencucuri Rahmat Nya ke atas Roh beliau.
Boleh gunakan ID dan password
berikut:
Account name : DZEDS
Password
: dzeds106
Bila dah masuk, sila klik ikon Member's
Lounge, lepas tu klik semua ikon yang ada utk memahami seterusnya apa yang patut semua warga
Ludek tahu, terutama ikon Potential Statement Dalam page Potential Statement itu ada figure accumulated income in RM (Real Money). Bang kocik sudah dapat
RM2 ribu lebih .... baru masuk hujung bulan Jan hari tu .... modal sudah dapat balik. Sebelah kiri table dibawah page itu
ada shortcuts DZEDS1, DZEDS2 dan DZEDS3 (nama nama 3 akaun yang Bang kocik masuk) .... klik setiap shortcut ini untuk lihat
family tree downlines yang ada dibawah. Dalam masa yang singkat ini juga Bang kocik dah dapat downlines di Thailand. You want
to know how? Call me now 012 3923485.
Jangan tunggu lama lama membuang masa dan berangan
angan lagi. Buang segala apa yang negative yang dah bersarang lama dalam kepala tu dan join me. I want to share this with
you all. You will regret if you do not want to give yourself the chance. Ayuh semua, mari kita bersama sama bertindak menuju
kejayaan. Allah swt tidak akan menolong hamba Nya yang sentiasa mengelamun bermimpi disiang hari tanpa berusaha membuat sesuatu
tindakan yang berani dan tegas.
Harap maklum ... tolong lah doakan sama sama semoga Bang kocik berjaya.
- Puyuh Melewar Enterprise sudah mengenalpasti 5 potential
outlet gerai puyuh utk di franchisekan.
1. Food Court Melewati
2. Food Court Setapak
3. Restoren Al Ansar
- UIA, Gombak
4. Jln Geliga 1, Taman Melewar
5. Pantai Pengkalan Balak
Usaha sedang dijalankan utk mencari
3 orang petugas yg bertanggungjawab sepenuhnya utk mengoperasi gerai di outlet 2, 3 dan 4. Gaji serta syarat perkhidmatan
yg boleh ditawarkan ialah :
RM10.00 semalam bekerja dan komisen 10 sen sekor puyuh yg dijual
Masa bertugas
: 6.00 ptg hingga 12.00 mlm Isnin hingga Jumaat, dan
3.00 ptg hingga 1.00 pagi bagi setiap hari Sabtu dan cuti rasmi
dan hari kelepasan am.
Yang berminat boleh tambah menu sendiri kalau nak income lebih, tetapi tumpuan jualan utama
ialah kepada Puyuh. Cadangan utk buat smart partnership pun boleh dibincangkan.
Harap maklum
Pengarah Urusan PME
-
Satu usaha sedang di jalankan sekarang untuk mengumpulkan
keluarga keluarga asal di Kampung Senama pada tahun akhir akhir 40 an dahulu di tapak asal Kampung Senama. Harap bersabar
dan berilah sokongan pada usaha murni ini.
-
Tuan Haji Sheikh Salim bin Sheikh Saleh, suami Kak Nab,
ayahanda kepada Teng, Pun dan Danny Boy, telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Maghrib, Ahad, 20 hb Jun, 2004. Allahyarham
di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya.
-
Hj Mohd Ariffin bin Ismail, telah menyambut menantu nya
yang ketiga, Normah bt Ishak, dengan anak lelaki ketiga beliau, Ahmad Azrizal, pada Ahad 6 hb Jun 2004, di kediaman beliau
di W3/324-A Lorong Pusat Giat Mara, Jalan JKR, 17000 Pasir Mas Kelantan.
-
Dengan sedih nya di maklumkan Abang Samah, suami Kak
Munah, di Kampung Senama, Rembau telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Universiti Petaling Jaya, pada pagi 5 hb Jun, pukul
9.30 pg, kerana menghidap penyakit radang paru paru selepas menjalani pembedahan penyakit Aortic Aneurysm. Jenazah
beliau telah selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Kampung Senama Hilir pada pukul 6 petang. Semoga Allah mencucuri Rahmat
Nya ke atas Roh beliau.
|