Anjung Senama
LAGU LAGU DALAM KENANGAN


col2gramoomak.jpg



THE REMBAU YEARS
 
Semasa di Kampung Senama, Abang Bosa baru berumur 0 - 4 tahun. Tetapi lagu lagu yang di mainkan oleh Omak dalam "peti nyanyi" His Master's Voice nya terpahat dalam ingatan dan menusuk hati Abang Bosa. Walau pun lirik lagu nya tak di fahami, namun irama nya sungguh terpahat di qalbu. Seolah olah jiwang jiwang yang di lalui oleh Omak ketika itu (Abah berada di London) di rasai bersama oleh Abang Bosa.
 
Penghujung tahun tahun 40an itu ialah zaman peniupan semangat kemerdekaan yang berkobar kobar dari Indonesia. "Rayuan Pulau Kelapa" adalah satu satu nya lagu 'flagship' pada waktu itu. Apatah lagi dengan kedatangan Dato Onn Jaafar dengan Ongah Baba ke Kampung Senama ketika itu.